Latar Belakang
Send to friendPDF version
Latar Belakang Mahkamah Tinggi, Sesyen

Dan Majistret Kuala Terengganu

 

(Dipetik dari Buku Cenderamata “Istiadat Perasmian Banguan Baru Mahkamah Kuala Terengganu Darul Iman”  – Pada Hari Sabtu, 15 Mac, 1997 bersamaan 6 Zulkaedah 1417)

 

Sebelum tahun 1920, pengurusan Mahkamah Kuala Terengganu telah wujud di pekarangan Istana Maziah.  Walau bagaimanapun pada akhir tahun dua puluhan, sebuah bangunan kayu telah dibina untuk dijadikan bangunan Mahkamah di Jalan Pejabat, berhampiran dengan Bangunan Wisma Darul Iman sekarang ini.  Bangunan ini mempunyai 2 buah dewan bicara dan digunakan sehingga tahun 1965 sebelum ianya dirobohkan pada tahun 1967.

mahkamah_jalan_pejabat

 

Dalam tahun 1965, sebuah Mahkamah yang baru telah dibina di Jalan Sultan Ismail.  Bangunan batu dua tingkat ini mengandungi sebuah dewan bicara Mahkamah Tinggi dan sebuah dewan bicara untuk Mahkamah Sesyen dan Majistret.  Satu bilik di tingkat satu digunakan oleh Jabatan Amanah Raya.  Mahkamah ini mempunyai seorang Yang Di Pertua Mahkamah Sesyen, seorang Majistret dan seorang Pendaftar Mahkamah Rendah.  Yang Di Pertua Mahkamah Sesyen juga dikehendaki menjalankan tugas Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.  Kes-kes Mahkamah Tinggi dikendalikan oleh Hakim Litar Mahkamah Tinggi yang datang dari Kota Bharu dan Kuala Lumpur.  Antara Hakim-Hakim Litar yang pernah bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mulai dari tahun empat puluhan hingga tahun 1983 ialah:

 

Yang Arif Hakim C.J.S. Smith,

Hakim F.A. Briggs,

Hakim A.W. Belamy,

Hakim M.G. Neal,

Hakim T.R. Hepworth,

Hakim Datuk Mahmud bin Hasim,

Hakim Dato’ Syed Othman bin Ali,

Hakim Dato’ Ibrahim b. Abdul Manan,

Hakim Ab. Razak bin Datuk Abu Samah,

Hakim Tan Sri Dato’ Haji Mohd Zahir bin Haji Ismail;

Y.A.A. Hakim Tun Dato’ Haji Mohamad Salleh bin Abas (ketika itu),

Y.A.A. Hakim Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Eusoff bin Chin (ketika itu),

dan lain-lain lagi.

Mahkamah_jalan_Sultan_Ismail

Zaman ini juga memperlihatkan kekurangan Peguam di negeri Terengganu.  Oleh itu, pada awal empat puluhan muncullah beberapa orang penulis petisyen yang tidak berkelulusan undang-undang yang dikenali sebagai “Pleader” untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Kuala Terengganu.Satu enakmen iaitu Enakmen Pleader dan Penulis 1983 telah dikeluarkan untuk membenarkan mereka mengamalkan undang-undang di negeri ini. Amalan ini yang hanya terdapat di Negeri Terengganu berterusan hingga awal tahun lapan puluhan, di mana ianya terus pupus begitu sahaja.  Ini mungkin disebabkan oleh pertambahan bilangan peguam-peguam di negeri ini yang menyebabkan khidmat pleader ini tidak diperlukan lagi.  Antara pleader-pleader berlesen ialah:

 

Haji Che Noh (tarikh kematian tidak pasti)

Haji Embong hin Haji Idris(tarikh kematian tidak pasti)

Pak Ishak bin Mohd Arif (meninggal pada tahun enam puluhan)

Maiden bin Mohamed Ibrahim (meninggal pada thun enam puluhan)

Haji Omar bin Haji Arshad (meninggal pada tahun lapan puluhan)

 

Pada awal tahun lapan puluhan, bangunan Mahkamah itu, telah mengalami keretakan yang teruk dan usaha-usaha untuk membaikpulih telah dijalankan.  Walaupun begitu, bangunan ini telah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan lagi pada tahun l983.  Bangunan ini telah dirobohkan dalam tahun l986 dan kini telah menjadi tempat letak kereta.

 

Oleh itu pada tahun 1983, bangunan Mahkamah Kuala Terengganu telah berpindah sekali lagi ke sebuah bangunan kayu sementara yang terletak di Jalan Sultan Omar.  Bangunan dua tingkat berbentuk huruf ‘U’ ini bercorak gerabak dan dibina secara pasang siap dengan kos sebanyak RM1.4 juta.  Ianya mempunyai sebuah dewan bicara Mahkamah Tinggi, sebuah dewan bicara Mahkamah Sesyen dan dua buah dewan bicara Mahkamah Majistret. Di bangunan inilah pada tahun 1984 buat pertama kalinya seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang tetap telah ditempatkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.  Hakim tersebut ialah Yang Arif Dato’ Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Mustafa dan penempatan beliau pada masa itu amat bertepatan sekali untuk menyelesaikan kes-kes Mahkamah Tinggi yang kian bertambah.

Mahkamah_jalan_sultan_Omar

Bangunan Mahkamah Sementara ini pada mulanya dijangka untk digunakan selama 5 atau 6 tahun sahaja, tetapi ianya telah digunakan seslama 12 tahun kerana kelewatan menyiapkan Mahkamah Baru yang tetap.  Perpindahan tetap ini hanya dilakukana pada bulan Ogos, 1995.  Bangunan Mahkamah Baru dini didirikan di atas lot PT 823K, Padang Hiliran, Mukim Chabang Tiga, Daerah Kuala Terengganu.  Keluasan tapak lot ini ialah 1.6627 hektar (4 ekar) dan ianya terletak di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, bersebelahan dengan bangunan Bank Negara. Kawasan ini merupakan pusat Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu yang mempunyai ketinggi 9 tingkat ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Keenam.  Kos pembinaannya ialah sebanyak lebih kurang RM18 juta.  Bangunan yang tersergam indah ini mempunyai dua buah dewan bicara Mahkamah Tinggi, dua buah dewan bicara Mahkamah Sesyen dan empat buah dewan bicara Mahkamah Majistret.  Beresesuaian keperluan dengan masa kini, bangunan  ini dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih, seperti system penyaman udara pusat, istem P.A, sislem keselamatan yang mempunyai alatan kamera litar tertutup (CCTV), automatic lighting control system dan sebuah bilik mesyuarat yang mempunyai peralatan yang lengkap.  Secara ringkasnya, dewan-dewan bicara Mahkamah Tinggi terletak di tingkat 9, manakala dewan bicara Mahkamah Sesyen pula ditempatkan di tingkat 6.  Dewan-dewan bicara Mahkamah Majistret berada di tingkat 2 dan 5.  Tingkat 1 digunakan khusus untuk Pejabat Pendaftaran Mahkamah.  Tingkat 7 pula menempatkan Pejabat Biro Bantuan Guaman dan Bahagian Pentadbiran & Kewangan Mahkamah.  Bangunan Mahkamah ini juga mempunyai bilik perpustakaan, 2 buah bilik fail, bilik sembahyang, kantin, bilik kebal dan lokap.

Mahkamah_jalan_Sultan_Mohamad

Perpindahan ke Bangunan Mahkamah Baru bermula pada bulan Ogos 1995 secara berperingkat dengan tujuan tidak mengganggu kes-kes yang telah ditetapkan untuk bicara.  Perpindahan dimulai dengan Bahagian Pentadbiran & Kewangan, diikuti oleh Perpustakaan, Pejabat Pendaftaran dan akhirnya fail-fail kes yang telah ditetapkan untuk bicara.  Perpindahan ini mengambil masa selama sebulan.  Pada bulan September 1995, semua fungsi Mahkamah dan perbicaraan kes telah dijalankan di Bangunan Mahkamah Baru.

 

Kompleks Mahkamah Baru ini merupakan satau tempat yang selesa jika dibandingkan dengan bangunan yang terdahulu.   Dengan ini mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan dalam mempercepatkan penyelesaian kes-kes yang makin bertambah dari setahun ke setahun.

 

Dengan perasmian Kompleks Mahkamah Baru ini oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman pada hari bersejarah ini, maka tercatatlah satu lagi era kemajuan dan pemodenan dalam pentadbiran keadilan untuk setiap lapisan masyarakat dan Institusi Kehakiman Negara.

Total visitors to the Portal : 42,352
Last updated : 27 March 2017