Hakim Besar Malaya


YAA Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed 
Hakim Besar Malaya
PSM, SSAP, DIMP, KMN

YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar Bin Mohamed dilahirkan pada 27 April 1956 di Johor Bahru, Johor. YAA merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. YAA juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science.

YAA memulakan kerjaya pada tahun 1980 sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor dan seterusnya berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. Sepanjang tempoh perkhidmatan, YAA pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kuala Lumpur.

 

YAA juga pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegahan Rasuah, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia dan juga Timbalan Pendaftar Syarikat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Selanjutnya, YAA berkhidmat sebagai Ketua Unit Kes Terkelas di Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara dan Ketua Bahagian Guaman di Jabatan Peguam Negara.

 

Pada 1 Ogos 2004, YAA dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor.

 

Seterusnya, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada 28 Julai 2006 sehingga 31.12.2008. YAA kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Januari 2009 sehingga 10 Mei 2011.

 

Pada 11 Mei 2011, YAA dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan pada 12 September 2014, YAA dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

 

Pada 17 Mei 2019, YAA juga dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas Hakim Besar Malaya.

 

Pada 8 Ogos 2019, YAA telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.


ALAMAT :
Pejabat Hakim Besar Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

  +603 8880 3500 +603 8880 3595

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel   komunikasikorporat@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.