Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 


YAA Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
DSPN
 

Yang Amat Arif Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 03 Julai 1959.  Yang Amat Arif Dato’ mendapat kelulusan dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1983. 

Yang Amat Arif Dato’ telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1983 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak dan kemudiannya menjadi Majistret di Mahkamah Majistret Limbang dan Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak. Seterusnya YAA bertugas sebagai Penolong Pengarah di Biro Bantuan Guaman Cawangan Sarawak. Pada tahun 1990 hingga 1992, YAA bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan seterusnya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan sebagai Penasihat Undang-Undang di Jabatan Perikanan, kementerian Pertanian Malaysia dari tahun 1992-1994. 

Pada tahun 1994-2000 , YAA Dato' telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Am, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, dan juga Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. 

Seterusnya, YAA Dato' telah dilantik sebagai Pengerusi Tribunal, Jabatan Pembangunan Koperasi, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan kemudiannya dipinjamkan ke Bank Negara Malaysia sebagai Ketua Unit Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya, Kuala Lumpur pada tahun 2001. 

Pada tahun 2003, YAA Dato' telah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Jenayah Komersial, Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan seterusnya dipinjamkan ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004. 

Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 01 Mac 2007 (bahagian Jenayah 5) dan seterusnya Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Dagang 2) pada 01 Mei 2009. 

YAA Dato’ seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan meneruskan tugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2012.

Kemudiannya pada 2 Januari 2013, YAA Dato' telah bertukar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berkhidmat di sana sehingga 29 September 2013.

YAA Dato' telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 September 2013 dan pada 26 November 2018, YAA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 20 Februari 2020, YAA Dato' telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Bagi menghargai sumbangan YAA Dato’ dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan pengurniaan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 Ogos 2013. 

YAA Dato’ telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Datin Fadzillah binti Dato’ Kamaruddin dan mereka telah dikurniakan dengan tiga (3) orang anak.


ALAMAT

Pejabat Utama:
Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu
No. 1, Jalan Kebajikan, Peti Surat 10837
 88830 Kota Kinabalu
 SABAH
 
Pejabat Putrajaya:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Aras 5, Istana Kehakiman
 Presint 3, 62506
 PUTRAJAYA
 (03) 88803500        (03) 88803619
 
Pejabat Sarawak:
  Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Jalan Gersik  93050 Petra Jaya
Kuching
SARAWAK
  (082) 449989        (082) 313400