Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 


YAA Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed 
Hakim Besar Malaya
PSM, SSAP, DIMP, KMN

YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar Bin Mohamed dilahirkan pada 27 April 1956 di Johor Bahru, Johor. YAA merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. YAA juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science.

YAA memulakan kerjaya pada tahun 1980 sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor dan seterusnya berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. Sepanjang tempoh perkhidmatan, YAA pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kuala Lumpur.

 

YAA juga pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegahan Rasuah, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Kast