Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

PENGENALAN

Bahagian Dasar dan Perundangan ialah suatu Bahagian yang memberi nasihat undang-undang dan menggubal dasar dan perundangan sebagaimana arahan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan terdiri daripada dua (2) unit iaitu unit Dasar dan unit Perundangan. Setiap unit diketuai seorang Timbalan Pengarah dan dibantu oleh beberapa orang Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.

 

OBJEKTIF

Untuk menggubal dasar dan perundangan secara cekap dan berkesan mengikut undang-undang.