Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Terengganu. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Laman Web dan Portal Mahkamah Negeri Terengganu yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini.

Mahkamah Negeri Terengganu adalah satu jabatan kerajaan yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Mahkamah-Mahkamah Negeri Terengganu mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Mahkamah Negeri Terengganu terdiri daripada Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu yang menempatkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Di daerah-daerah pula terdapat Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman, Mahkamah Sesyen dan Majistret Besut, Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, Mahkamah Majistret Dungun, Mahkamah Majistret Marang dan Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Pembangunan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh PKPMP bagi membantu untuk memenuhi keperluan penyaluran maklumat yang interaktif dan berinformasi kepada orang ramai. Melalui laman web ini, pihak berkepentingan dan orang ramai boleh mengakses pelbagai perkara seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi mahkamah-mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System (CMS), sistem Pesuruhjaya Sumpah, Sistem Pengurusan Aduan Mahkamah dan Portal MYC2C. Pihak PKPMP juga telah menambah baik cara pembayaran fee pemfailan, bayaran denda, bayaran jamin di mana bayaran boleh dibuat secara kad debit. Pengenalan ePos dan eJamin adalah usaha berterusan PKPMP untuk tambah baik cara pembayaran tanpa tunai (cashless). Saya berharap laman web ini memberikan manfaat kepada semua pengunjung. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menambah baik laman web ini.

Akhir kata selamat melayari Laman Portal Rasmi Mahkamah Negeri Terengganu.

 

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

DAZUKI BIN ALI
PENGARAH MAHKAMAH NEGERI TERENGGANU