Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
Unit Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua deraf, perintah/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
- Menguruskan penyediaan statistik Mahkamah Majistret Sivil Dungun.
Unit Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak-pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk .Mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan penyediaan statistik Mahkamah Majistret Jenayah Dungun.
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret dan Jurubahasa bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ, Sek. 259 KAJ, Sek. 334 KAJ dan APD.