Skip to main content
Please wait...

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi

MAHKAMAH TINGGI MALAYA

Di bawah Seksyen 2 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi adalah merujuk kepada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Oleh itu, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya adalah setara (coordinate) dengan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Secara umumnya Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mempunyai peranan dan fungsi yang sama iaitu:

  1. Mendengar atau membicarakan kes-kes jenayah yang melibatkan hukuman mati.
  2. Mendengar dan memutuskan kes-kes sivil yang melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret dimana jumlah tuntutan yang terlibat melebihi RM1,000,000.00
  3. Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa eksklusif bagi mendengar pertikaian mengenai kes-kes :
    1.  Perceraian dan isu-isu matrimonial
    2. Admiralti
    3. Kebankrapan
    4. Pertikaian-pertikaian sivil syarikat
    5. Perlantikan dan seliaan penjaga kanak-kanak dan harta
    6. Perlantikan dan seliaan orang kelainan upaya dan harta
    7. Surat kuasa mentadbir dan Probet
    8. Mendengar petisyen pilihan raya
  4. Mendengar dan menentukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
  5. Menyemak keputusan dari Mahkamah Rendah, Tribunal dan badan-badan lain yang mempunyai fungsi quasi-judicial.
  6. Mengawalselia perjalanan dan pentadbiran Unit Sijil Amalan.

 

FUNGSI PEJABAT PENDAFTARAN MAHKAMAH TINGGI KUALA TERENGGANU

  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran am, mendapat maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset.
  • Mengawal selia disiplin Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Kakitangan.
  • Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes sivil dan jenayah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.
  • Mengawal selia perjalanan kes-kes sivil dan jenayah yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
  • Mengawal selia peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2017.
  • Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen dan Majistret).
  • Bertanggungjawab menyediakan statistik kes-kes sivil dan jenayah bagi Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Pesekutuan Malaysia dari semasa ke semasa.